Welcome to my blog. Feel free to read my stories and etc. I rarely update this blog. Sixteen.


home. | le owner. | stuff. | affiliates. | flavors. | chatbox.

Rabu, 18 Mei 2011

Tips Tingkatkan Trafik Blog dgn 'alt'

Sebelum ini aku tidak terpikir sangat pun hendak letak entri ini, tetapi bila aku tengok keyword yang masuk blog sempena aidiladha ini, baru terpikir hendak berkongsi tips ini. Sebab aku ada 'bukti' kukuh sikit....

Dalam sehari dua ini, antara keyword yang masuk ke blog aku adalah 'wallpaper aidiladha' dan juga 'aidiladha wallpaper'. Biarlah mana satu dahulu pun, tetapi keyword itu yang masuk.....

Ini carian web dari google untuk 'wallpaper aidiladha' dan juga 'aidiladha wallpaper', berada dalam first page tu, dan result no 1 pula.....
tips tingkatkan trafik blog



tips tingkatkan trafik blog


Apa yang aku kata aku ada bukti kukuh tadi untuk tips ini.?
Ok, cuba korang buka link untuk keyword 'wallpaper aidiladha' ini.
Ini entri yang aku buat sebelum ini. http://unwanted86.blogspot.com/2009/11/poster-raya-aidiladha-2009.html, kemudian korang cari mana perkataan wallpaper yang aku letak??

Kalau korang tengok pada result dari google pun ada 'bold' pada perkataan 'wallpaper'. Bagaimanakah blog ini boleh di'link' dari google walaupun aku tidak letakkan perkataan 'wallpaper' secara direct??

So, disini aku tunjukkan caranya yang tersangatlah mudah. yang korang pun tidak sangka sebelum ini. Kalau bahasa internet dinamakan sebagai salah satu teknik SEO ( Search Engine Optimization). Kalau bahasa biasa kita panggil tips tingkatkan trafik blog sudah la ye. Mudah dan senang untuk difahami. Dan satu lagi, tips ini untuk entri yang mempunyai gambar (upload gambar)

Apabila anda upload gambar, kod yang dipaparkan adalah seperti berikut (kod dalam 'edit html'). Cuba perhatikan pada bahagian yang aku highlight, ada perkataan alt=""
tips tingkatkan trafik blog


Apa yang perlu dilakukan.?
Mudah sahaja, letakkan apa2 keyword yang berkaitan dengan entri anda itu antara " dan ". Cuba tengok gambar dibawah. Contoh jika entri anda berkaitan kucing, so letak la apa=apa yang berkaitan seperti "anak kucing comel" dan lain2 lagi.

tips tingkatkan trafik blog

Itu sahaja..
Mudah bukan.....
Tidak perlu tukar kod atau pape, cuma tambahkan beberapa perkataan yang berkaitan dalam kod yang telah tersedia di alt="".

-----------------------------------------------

p/s:
  • jika anda menggunakan kod html dari lain seperti photobucket atau imageshack, atau pape, tips ini juga boleh digunakan dengan menambah alt="" dalam kod tersebut.
  • JANGAN sangka jika anda buat je cara ini terus boleh termasuk dalam google result dan statistik terus naik, tengok pada keadaan juga, dan tengok juga berapa ramai yang bersaing untuk keyword tersebut. Bukan senang hendak bersaing dengan otai2 yang ada diluar sana, tetapi tidak salah mencuba kan......
  • ada ke yang ingat 'alt' untuk entri ini adalah 'alt' yang terdapat sebelah kiri dan kanan spacebar pada keyboard???
Credits by : Unwanted86

Tiada ulasan: