Welcome to my blog. Feel free to read my stories and etc. I rarely update this blog. Sixteen.


home. | le owner. | stuff. | affiliates. | flavors. | chatbox.

Khamis, 4 Ogos 2011

Lagu - Adakah Ianya Diperlukan Dalam Blog?


Hal berkaitan meletakkan lagu di sesebuah blog rasanya sudah banyak dibangkitkan oleh blogger-blogger lain.
Dan kalau diikutkan keadaan semasa, aku agak ketinggalan untuk memperkatakan perkara ini. Walau bagaimanapun, dengan beranggapan masih ada lagi yang belum mengetahui dan juga dengan bertambahnya blogger-blogger baru, tidak salah rasanya untuk aku meneruskan perancangan aku untuk membuat entri ini.
Dan ini juga sebenarnya ada perkaitan sedikit sebanyak dengan setting yang tidak diperlukan dalam blog.





Kalau diikutkan, tidak salah untuk meletakkan lagu pada blog. Kerana itu adalah aksesori tambahan. Tetapi, mengikut pandangan umum, majoritinya tidak menyukai blog yang mempunyai lagu dan semestinya paling tidak suka adalah lagu yang dimainkan secara automatik.

Dan berikut aku huraikan sedikit hal-hal yang berkaitan lagu pada blog ini.



MASALAH
Dimulakan dengan masalah dahulu, berikut adalah masalah yang berkaitan dengan lagu dalam blog.
1. Tiada button stop/pause
  • Ini merupakan masalah utama bagi lagu pada blog. Tiada button untuk hentikan lagu yang sedang dimainkan. sangat bermasalah apabila lagu dimainkan, tetapi pengunjung tidak boleh membuat keputusan untuk menghentikannya.

-Contoh lagu yang tiada button stop/pause


2. Lagu dengan player 'hidden'.
  • Perkara ini jarang berlaku, tetapi ianya ada. dan aku pernah menjumpai blog yang memainkan lagu secara automatic, tetapi tiada langsung tanda² wujudnya player. Button, lagilah tidak ada.:)


3. Blogger yang buka banyak page
  • Adalah biasa bagi blogger untuk membuka banyak page apabila mereka melayari internet. Ini juga aku telah masukkan dalam cara-cara pelayar interent online. Masalah akan timbul apabila lagu yang sama dimainkan, tetapi masa untuk start lagu yang berbeza. So lagu itu akan jadi 'menyerabutkan'


4. Pelayar internet yang sedang mendengar lagu dari komputer
  • sesetengah orang suka melayari internet sambil mendengr lagu dari komputernya sendiri. Kehadiran lagu dalam blog lain akan 'menyerabutkan' keadaan.




ANGGAPAN
Dan seterusnya aku masukkan sedikit anggapan yang aku pikirkan dari pemilik blog yang memasang lagu dari blognya.

1. Hendak tunjuk lagu kesukaannya untuk tatapan ramai
  • Niat asalnya murni. Untuk menghiburkan pengunjung yang datang dengan lagu kesukaannya. Ingin berkongsi lagu kegemaran. tetapi sayang, boleh dikatakan kebanyakan orang tidak menyukai lagu yang dimainkan secara automatic.


2. Berasa blog cool dengan alunan muzik.
  • Siapa yang tidak mahu berasa blog cool.? aku pun kalau boleh hendak macam itu. Tetapi bagi sesetengah pemilik blog, akan berasa kool jika dapat mempersembahkan lagu yang diketahuinya (mungkin juga lagu yang tengah top), dan sebab itulah lagu tersebut dimainkan sefara automatic. Walhal perkara ini tidaklah se'cool' yang disangka.



PENYELESAIAN
Untuk masalah ini, ada dua penyelesaian yang aku pikirkan.

1.Jangan letak langsung muzik yang autoplay
  • Ini aku rasa penyelesaian yang terbaik. Jika ada sahaja fungsi autoplay, jangan letak terus. Lagi² yang mempunyai player hidden.


2. button play/pause/stop
  • Jika mahu letak juga, tidak salah. pastikan ada button play/pause/stop. Dan pastikan lagu tersebut tidak autoplay. Jadi pengunjung boleh memilih untuk mendengar atau tidak lagu dalam blog anda. Anda boleh memberi galakan seperti ' baik korang dengar lagu ni, konfirm best'



PENGECUALIAN
Seperi biasa, apabila sesuatu perkara dibincangkan, mungkin ada juga pengecualian.
Dan disini, aku dapat kenalpasti 2 keadaan yang membolehkan pengecualian ini kepada pemilik blog untuk memasang lagu secara automatik.

1.Blog yang tidak pentingkan pengunjung(terutamanya blog peribadi)
  • ada juga blog yang tidak pentingkan pengunjung. Biasanya blog peribadi. Dan blog itu hanya digunakan olehnya untuk meluahkan perasaan tanpa perlu orang lain membaca blognya. So, blog sebegini boleh letak apa sahaja lagu mengikut kesukaan pemilik blog.


2. Blog yang pengunjungnya memang mahukan pemilik letak lagu.
  • sebenarnya aku belum jumpa keadaan sebenar untuk ini. Jadi kepada pemilik blog yang pasang lagu automatic, cuba tanya pengunjung blog anda, mereka suka atau tidak jika anda letak lagu automatic. Kalau 8 dari 10 pengunjung setuju, teruskan.


--------------------------------------
Rasanya setakat itu dahulu sedikit padangan dan huraian aku berkaitan kewujudan lagu dalam sesebuah blog. Walau bagaimanapun, bergantung kepada pemilik blog untuk meletakkan apa yang ada dalam blog sendiri. Aku cuma memberi pandangan dan pendapat.... Secara peribadi, aku lebih suka jika sesebuah blog itu tidak mempunyai lagu yang terpasang secara automatik.

Dan aku x tahu la korang mcm mne plak??

Credits by : Unwanted86

Tiada ulasan: